Aku suka membaca. dan tadi aku jalan-jalan di website, aku jumpa ini. aku kira bolehlah di kongsi. mungkin orang sudah tahu lama, tapi macamana bagi yang belum tahu? mana tahu sesat-sesat kat blog aku ni, dapatlah input yang kejap lagi teman2 akan baca.
Kuasa Allah tu sangatlah besar dan setiap satu apa yang berlaku, apa yang akan berlaku, apa yang disuruh dan dilarang mempunyai seribu satu nikmat dan hikmat sebearnya.
Tahu tak kita bahawa solat yang kita dirikan 5 kali sehari tu pun ada kaitan dengan tenaga dan warna?? Solat fardhu, 5 kali sehari. dari subuh hinggalah ke isyak. dan setiap solat itu dilakukan dalam waktu yang tertentu. dan juga setiap peralihan waktu solat itu sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam yang boleh diukur dan cerap melalui perubahan warna alam.
SUBUH
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar, rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.....


