Jumaat, 25 November 2011

Rahsia Solat Awal Waktu – Tenaga & Warna Alam

Aku suka membaca. dan tadi aku jalan-jalan di website, aku jumpa ini. aku kira bolehlah di kongsi. mungkin orang sudah tahu lama, tapi macamana bagi yang belum tahu? mana tahu sesat-sesat kat blog aku ni, dapatlah input yang kejap lagi teman2 akan baca.
Kuasa Allah tu sangatlah besar dan setiap satu apa yang berlaku, apa yang akan berlaku, apa yang disuruh dan dilarang mempunyai seribu satu nikmat dan hikmat sebearnya.
Tahu tak kita bahawa solat yang kita dirikan 5 kali sehari tu pun ada kaitan dengan tenaga dan warna?? Solat fardhu, 5 kali sehari. dari subuh hinggalah ke isyak. dan setiap solat itu dilakukan dalam waktu yang tertentu. dan juga setiap peralihan waktu solat itu sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam yang boleh diukur dan cerap melalui perubahan warna alam.
 SUBUH
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar, rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.....

Khamis, 24 November 2011

subuh yang mendamaikan....


Semoga di pagi hari yang indah ini teman semua dalam keadaan sihat. Semoga hidayah Allah sentiasa mengiringi langkah anda menuju rumah Allah di waktu subuh…….solat subuh lebih baik daripada tidur.
Waktu subuh adalah waktu yang sangat indah. Tak semua orang dapat melihatnya. Di waktu itu, pintu langit dibuka, dan para malaikat turun ke bumi menyaksikan para hamba Allah yang soleh menegakkan solat subuh.
Aku dongakkan kepalaku ke langit. Bintang-bintang di atas langit begitu indah dan tak terbilang jumlahnya….membuat hati ini terasa sayu betapa hebatnya sang pencipta alam semesta ini….membuat diri ini kagum dan mengucapkan, “Allahu Akbar, Allah Mahabesar”.

Subuh Yang Indah...

Subuh yang indah……….
Apa yang paling aku suka ttg subuh..ialah aku dapat berbicara dengan Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..macam2 doa aku minta....takde sape2 pun dengar....aku rasa subuh beri aku harapan untuk memulakan hari baru...aku berdoa agar aku takkan terlepas mana2 subuh walaupun sehari...takkan lengkap hidup aku tanpa melalui subuh yang indah..Azan subuh yang memanggil2 supaya aku bangun bagaikan lagu yang terindah aku dengari....YaAllah...sukar nak digambarkan betapa indahnya subuh...

Sabtu, 19 November 2011

Sebening Subuh

Sebening Subuh…


Salam penuh kebahagiaan dan ketenangan yang dipayungi oleh keimanan dan keyakinan yang sepenuhnya kepada Allah SWT.

Salam ceria penuh himmah buat semua.- Semoga kita semua, terus menerus berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Alhamdulillah, saya kini berada dalam mood yang sangat ceria, bersemangat dan penuh bertenaga. Tidak tahu mengapa, setelah diselubungi kepenatan, keletihan dan kelesuan untuk beberapa hari. Rupa-rupaya, Allah SWT mengantikannya dengan suatu perasaan yang luar biasa kepada saya saat ini.
Subuh ni, hati saya teruja untuk membuat blog supaya saya dapat berkongi cerita dengan anda yang sudi membaca catatan saya….